Friday, June 25, 2010

Lagenda Budak Setan




bermula dengan the best-seller novel di era 90an dulu beralih pula pada sebuah filem y amat myentuh perasaan. rugi klo x negok! tp syg.. tym aku pegi negok.. wayang tu plak rosak. slmt dpt claim duit tix balik.. lepas kejadian tu..lame dah x negok wayang.. ermmm..
sedikit sipnopsis dari cerita ini :~

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cai Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat kecoh dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru Ayu. Ayu telah benar2 menambat hati Kasyah membuatkan dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masa Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pendalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hamba bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha , Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang seba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang di harapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk ,panas baranm kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, Azmi dan Ayu bergaduh besar. Ayu yang di pukul bertindak melarikan diri dengan keretanya. Ketika memandu dalam keadaan truma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah . Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntut cerai dan minta wajah yang baru. Episod hidup Ayu pun bermula. Ayu kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu/ Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampasan dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana , Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa2, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali terpaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu/ Emilia.

Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga Emilia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia  cederah parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihkan ingatan namun belum berhasil. Emilia yang semakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu/Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.





No comments:

Post a Comment