Friday, June 25, 2010

World Cup 2010!


Setiap 4 tahun sekali kita semua menantikan debaran, kehangatan, keghairahan WORLD CUP!! skrg ianya kembali lg menghangatkan dunia.!! pada y si ladies mungkin setengah daripadanya y minat. tapi bg si lelaki, klo x minat bola. X macho la beb! nak x nk si lelaki kena la minat. 

Start je world cup, bermula la episod LAMBAT PEGI KEJE, TELAJAK BANGUN, TIDO KT OFIS, KEJA X SIAP N BYK LG! adat la kan, nama pon 4thn skali. Kepada boss2 d m'sia, kena pham masalah staff2 anda lg2 y gile bola. Yg best nya, ada la sorg kawan ni cite y menbe dia bru pas kena resign.. ble tnye asl, pasl BOLA. See, betapa fanatik nya bdk 2 kepada bola sepak. Tp x kemane pon, klo team dia menang bkn dia dpt pe pon. hahaha!

Kenapa dalam adat resam bola sepak kt m'sia ni. Asal ade perlawanan bola sepak je tgk kedai mamak? asl kedai mamak je penuh gan pulauan org2 fanatik bola. Kadang2 tu pelik lak rasenya, RUMAH chantek2 ASTRO ada SPEAKER ade .. yg masyuk skit tu siap pakai ASTRO BEYOND lg.. tp still pegi kedai mamak gak tgk bola. Kebiasaan org kita ni, mmg suke membazir kot.! tp klo nk cite tgk kt kedai mamak ni, perghh.. mmg terasa mcm dok kt stadium lak.. gan riuhnya..gan sorak2nya.. paling best stakat nih tgk bola kt RESTORAN SAFI, HARTAMAS! tebaik wok! screen beso, colour screen chatek.. mmg puas hti la..  

cite plak pasl team fav masing2. ada y ckp ENGLAND, BRAZIL, PORTUGAL, GERMANY, ARGENTINA dan byk lg...masing2 mengkritik team fav masing2 tok mempertahan kan team y mereka minat. Seronok sgt ble team fav masing2 menang, sorakan puas hti tu mmg x dpt nk di bygkan dengan kata2..cuma sorakan y dapt mengambarkan betapa seronoknya waktu itu.



Untuk aku, team yang menjadi pilihan aku ENGLAND & ARGENTINA. mereka mmg beshh! setiap game y mereka men, sgt merangsang aku tok myukai team mereka! tp ENGLAND, terlalu byk bintang bola sepak sampi permainan mereka mcm hampeh!! tp England tatap di hati <3


Lagenda Budak Setan




bermula dengan the best-seller novel di era 90an dulu beralih pula pada sebuah filem y amat myentuh perasaan. rugi klo x negok! tp syg.. tym aku pegi negok.. wayang tu plak rosak. slmt dpt claim duit tix balik.. lepas kejadian tu..lame dah x negok wayang.. ermmm..
sedikit sipnopsis dari cerita ini :~

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cai Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat kecoh dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru Ayu. Ayu telah benar2 menambat hati Kasyah membuatkan dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masa Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pendalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hamba bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha , Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang seba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang di harapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk ,panas baranm kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, Azmi dan Ayu bergaduh besar. Ayu yang di pukul bertindak melarikan diri dengan keretanya. Ketika memandu dalam keadaan truma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah . Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntut cerai dan minta wajah yang baru. Episod hidup Ayu pun bermula. Ayu kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu/ Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampasan dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana , Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa2, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali terpaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu/ Emilia.

Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga Emilia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia  cederah parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihkan ingatan namun belum berhasil. Emilia yang semakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu/Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.